Cara check-in dan check-out homestay Cameron4U
Tekan Check-in bila sampai dan Check-out bila keluar, supaya vendor tahu. Alamat penuh dan arahan masuk ada dalam tab Tempahan.
Langkah
- Selepas tempahan disahkan, buka tab Tempahan dan pilih tempahan anda. Di situ ada alamat penuh dan peta.
- Ikut kaedah check-in rumah itu. Check-in sendiri: arahan seperti kod kotak kunci muncul pada hari check-in mulai 9:00 pg. Dengan pemilik: pemilik menunggu pada masa jangkaan anda.
- Bila sampai, tekan Saya dah sampai · Check-in dalam tempahan anda. Vendor akan dimaklumkan.
- Pada hari keluar, kemas barang dan tekan Saya dah keluar · Check-out selepas anda keluar. Vendor akan tahu rumah sudah kosong.
- Selepas check-out, anda boleh menulis ulasan dalam masa 30 hari.
Waktu check-in dan check-out
Waktu bergantung kepada homestay, dan tertulis pada listing serta tempahan anda:
- Standard: masuk 3:00 ptg, keluar 12:00 tgh
- Flexi: masuk 12:00 tgh, keluar 9:00 pg
Kalau perlukan masa tambahan, minta check-in awal atau check-out lewat dalam tempahan anda. Harganya RM 50 sejam, kalau tarikh sebelah kosong.
Soalan lazim
Deposit saya bila dikembalikan? Vendor ada 48 jam selepas check-out untuk membuat tuntutan. Kalau tiada tuntutan, deposit dikembalikan sepenuhnya.
Ada masalah dengan rumah. Hubungi vendor dalam chat, atau hantar aduan melalui tempahan anda.