Cara senaraikan homestay di Cameron4U
Isi lokasi, jenis rumah, gambar, harga dan peraturan, kemudian muat naik bil elektrik atau air dan hantar untuk kelulusan.
Apa yang perlu disediakan
- Alamat dan poskod rumah di Cameron Highlands
- Gambar ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air
- Harga hari biasa dan hujung minggu, yuran pembersihan dan deposit keselamatan, kalau ada
- Bil elektrik atau air untuk alamat itu, berusia 3 bulan atau kurang
Langkah
- Dalam mod vendor, buka Listing dan tambah listing baharu, kemudian pilih Homestay.
- Isi alamat, poskod dan kawasan. Seret pin pada peta ke pintu rumah. Pin mesti dalam kawasan Cameron Highlands.
- Pilih jenis rumah, dan isi bilangan tetamu, bilik, katil dan bilik air.
- Pilih kemudahan dan label: Muslim sahaja atau Terbuka kepada semua.
- Muat naik 4 gambar wajib. Anda boleh menambah sehingga 50 gambar.
- Tetapkan harga, yuran pembersihan dan deposit.
- Pilih waktu check-in, kaedah check-in, dan peraturan rumah seperti merokok, haiwan dan parti.
- Semak tajuk dan keterangan yang dijana automatik, dan ubah kalau perlu.
- Muat naik bil, bersetuju dengan terma, dan tekan Hantar untuk kelulusan.
Pilihan check-in
- Waktu Standard: masuk 3:00 ptg, keluar 12:00 tgh
- Waktu Flexi: masuk 12:00 tgh, keluar 9:00 pg
- Check-in sendiri: anda tulis arahan seperti kod kotak kunci. Tetamu melihatnya pada hari check-in sahaja.
- Dengan pemilik: tetamu memilih masa dijangka sampai sehingga 10:00 mlm.
Yang perlu tahu
- Setiap homestay perlukan bil sendiri, untuk melindungi tetamu daripada listing palsu.
- Alamat penuh hanya ditunjukkan selepas tetamu membayar.
- Simpan & keluar menyimpan listing, jadi anda boleh sambung kemudian.