Cara vendor Cameron4U terima bayaran
Bayaran dihantar ke akaun bank anda selepas tetamu check-in, ditolak komisen 15%. MyKad dan akaun bank perlu disahkan dahulu.
Langkah
- Muat naik MyKad dan penyata bank dalam mod vendor, seperti dalam cara jadi vendor.
- Tunggu pasukan Cameron4U mengesahkan dokumen.
- Terima tempahan. Tetamu membayar penuh kepada Cameron4U.
- Pendapatan menjadi sedia dibayar 1 hari selepas check-in, pada 10:00 pg.
- Cameron4U menghantar bayaran ke akaun bank anda. Semak jumlahnya di tab Akaun dalam app, atau halaman Pendapatan di website.
Berapa yang anda terima
Bayaran = harga tempahan − komisen 15% + tambahan yang dibayar tetamu + tuntutan deposit yang diluluskan − penalti, kalau ada.
Check-in awal dan check-out lewat diberikan sepenuhnya kepada anda.
Soalan lazim
Kenapa bayaran saya tertahan? Biasanya MyKad atau akaun bank belum disahkan, atau nama pada akaun bank tak sepadan. Semak dokumen anda dan hubungi Cameron4U.
Mahu tukar akaun bank? Muat naik penyata bank baharu dalam mod vendor. Ia perlu disahkan dahulu.
Bagaimana kalau tetamu batal? Bahagian yang tak dikembalikan kepada tetamu diberikan kepada anda, ditolak komisen, pada tarikh bayaran asal.